TENTANG KAMI
Jadilah sebahagian daripada perubahan yang anda mahu lihat di dunia.
PENGENALAN YAYASAN INFAQ ANGKASA
Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah diasaskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan secara rasminya telah diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] oleh YB Menteri Datuk Seri Takiyudin bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai 2021 dengan nombor pendaftaran PPAB-22/2021.
Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) juga dahulu dikenali sebagai Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA yang diuruskan oleh Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA.
Penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi, kesihatan dan juga pendidikan masyarakat yang memerlukan di Malaysia melalui pengagihan sumbangan secara teratur dan sistematik.
Sumbangan yang kecil membawa perubahan ke arah kebaikan.
Setiap sumbangan anda mampu memberi sinar baru.