YAYASAN INFAQ ANGKASA PERKENAL PROGRAM “INFAQ ILMU” PAKAR ILMUAN BERKONGSI ILMU MELALUI INISIATIF INFAQ

Khamis, 14 Ogos 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) memperkenalkan program baharu, Infaq Ilmu sebagai satu pendekatan memperkukuh budaya infaq dan wakaf dalam kalangan masyarakat. Inisiatif ini membuka ruang kepada para ilmuan dan pakar untuk berkongsi pengetahuan dengan niat berinfaq, demi manfaat bersama.

Program sulung ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH ANGKASA BERHAD (KOPSYA) dengan penyertaan lebih 25 peserta daripada KOPSYA dan ANGKASA RESOURCES & CONSULTANCY SDN BHD (ARC). Sesi perkongsian bertajuk “Budaya Kerja, Prestasi Tinggi” telah disampaikan oleh Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif YIA.

YIA kekal komited dalam memacu transformasi ekonomi ummah melalui inisiatif infaq yang inklusif, mampan dan berterusan. Seiring dengan misi ini, YIA menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menyemai budaya infaq, bermula serendah RM1. Walaupun kecil pada pandangan mata, sumbangan ini memberi makna besar kepada insan yang memerlukan dan mampu mencetuskan perubahan yang benar-benar bermakna.

Jom bersama-sama membina budaya kerja cemerlang dan meningkatkan prestasi kerja melalui perkongsian ilmu yang penuh inspirasi.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua