TENTANG KAMI
Jadilah sebahagian daripada perubahan yang anda mahu lihat di dunia.

PENGENALAN YAYASAN INFAQ ANGKASA
Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah diasaskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan secara rasminya telah diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] oleh YB Menteri Datuk Seri Takiyudin bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai 2021 dengan nombor pendaftaran PPAB-22/2021.
Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) juga dahulu dikenali sebagai Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA yang diuruskan oleh Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA.
Penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi, kesihatan dan juga pendidikan masyarakat yang memerlukan di Malaysia melalui pengagihan sumbangan secara teratur dan sistematik.
Perutusan pengasas
Melalui program ini, saya menyeru agar semua kita dapat mempertingkatkan sumbangan supaya lebih banyak program kebajikan dan pembangunan kemasyarakatan dapat kita salurkan kepada mereka yang memerlukan sama ada di peringkat dalam negara atau antarabangsa. ANGKASA mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai agensi dengan berteraskan konsep ‘taawun’ (tolong-menolong) dalam mendukung aspirasi memartabatkan amalan jariah ini.
Oleh yang demikian, dalam memartabatkan amalan mulia ini kita haruslah ibarat ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’ menjadi ikon dan penggerak menyalurkan informasi wadah kebajikan ini dengan jayanya. ANGKASA juga begitu komited untuk menginovasikan pengurusan dan pentadbiran wakaf di Malaysia dengan tunjuk ajar Majlis Agama Islam Negeri. Saya yakin dengan pengurusan wakaf yang profesional, ini menjanjikan sesuatu penerapan impak positif dan menjadi pedoman dalam kehidupan penyumbang sekalian
Ucapan pengerusi
Yayasan Infaq ANGKASA selaku perintis nazir wakaf korporat memanfaatkan sumbangan secara sistematik dan tersusun dalam gerakan koperasi di Malaysia dengan mengutamakan peningkatan taraf sosio-ekonomi, pendidikan dan kesihatan masyarakat di Malaysia, pendidikan dan ekonomi untuk memberi bantuan dan sumbangan semula kepada pihak yang memerlukan.
Peranan ini adalah bersandarkan kekuatan semangat warga koperasi menyambut usaha murni pengasas iaitu ANGKASA bermula sejak 2010 dengan mewujudkan Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Diharap dengan penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA pada 9 Julai 2021, Insyaallah dengan berkat dan keizinan-Nya serta sokongan padu daripada pihak pengasas iaitu ANGKASA serta seluruh masyarakat kita harapkan agar usaha murni ini dapat memberi impak yang terbaik dan dapat mengimarahkan amalan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam kehidupan.
Semoga dengan tadbir urus yang ditransformasikan melalui penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA ini mampu melonjakkan kemampuan organisasi ini dalam menunaikan amanah yang diaspirasikan, Insyaallah.
Lembaga pemegang amanah
Pengurusan Yayasan infaq angkasa

-
En. Mohd Safian Abdul Rahman
Pengurus Besar -
Pn. Norkhaliza Mat Nayan
Pengurus -
En. Muhammad Noh Muhammad Joha
Pegawai, Kutipan & Promosi -
En. Muhammad Ikram Darus
Pegawai, Kutipan & Promosi -
En. Muhammad Hairie Syafiq Rosdi
Pegawai, Agihan Projek & Pengurusan Aset -
Pn. Nurhannan Ab Rafar
Pegawai , Agihan Projek & Pengurusan Aset -
En. Muhammad Amirul Zainol
Pegawai, Kewangan -
Pn. Zuraidah Mat Nasir
Ketua Pembantu Tadbir -
Cik. Nurul Faqihah Zakiyah Mohd Zali
Pembantu Tadbir
Visi
Misi
- Untuk Mengumpul dana daripada pelbagai pihak dan inisiatif bagi menjadi sebuah yayasan yang lengkap dan bersepadu untuk menerajui program pembangunan ummah yang menyeluruh di Malaysia.
- Mengagihkan dana untuk tujuan kebajikandan pembangunan sosio ekonomi dan mengadakan program-program berlandaskan Maqasid Syariah
Sumbangan yang kecil membawa perubahan ke arah kebaikan.
Setiap sumbangan anda mampu menyelamatkan kehidupan orang lain.