PROJEK “CHARITY PARKING” – YAYASAN INFAQ ANGKASA SALUR SUMBANGAN RM30,000 KEPADA KOPERASI KOLEJ TINGKATAN 6 BANDAR UTAMA, PETALING JAYA

Petaling Jaya, Isnin, 27 Ogos 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan dana berjumlah RM30,000 kepada Koperasi Kolej Tingkatan 6 Bandar Utama, Petaling Jaya bagi membangunkan tapak parkir berbumbung yang bakal memberi manfaat kepada lebih 60 guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

Majlis penyerahan projek “Charity Parking” telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA. Majlis ini turut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Koperasi Sekolah dan Karnival Kokurikulum yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Selangor.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua Kolej Tingkatan 6 Bandar Utama, YBrs. Pn. Badariatul Jamal binti Mohd Hasnan, bersama guru-guru dan para pelajar.

Projek “Charity Parking” ini merupakan satu inisiatif yang bukan sahaja menyediakan kemudahan parkir berbumbung kepada guru-guru, malah turut memberi impak positif kepada koperasi sekolah. Hasil kutipan caj parkir akan disalurkan sebahagiannya ke tabung kebajikan sekolah bagi membantu murid-murid yang memerlukan, selain menyokong aktiviti kebajikan koperasi.

Yayasan Infaq ANGKASA merakamkan penghargaan atas kerjasama erat yang diberikan oleh Koperasi Kolej Tingkatan 6 Bandar Utama. Diharapkan sumbangan ini dapat memberikan manfaat berterusan kepada warga sekolah, di samping memperkukuh jalinan kerjasama dan ukhuwah pada masa hadapan.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua