MESYUARAT AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) BILANGAN 2/2025
Selasa, 24 Jun 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus komited memperkukuh agenda pembangunan ummah menerusi penganjuran Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bilangan 2 Tahun 2025. Mesyuarat ini diadakan bagi memperhalusi setiap permohonan dana infaq yang diterima, sekaligus memastikan proses pengagihan dilaksanakan secara lebih tersusun, telus dan memberi impak besar kepada golongan yang memerlukan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA, dan turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, serta kakitangan YIA.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk:
✅ Penelitian Permohonan Dana Infaq – Bagi memastikan setiap permohonan memenuhi syarat dan dapat memberi manfaat maksimum kepada penerima yang layak.
✅ Kerjasama Strategik – Membincangkan peluang kolaborasi dengan pelbagai pihak bagi memperluaskan lagi keberkesanan program infaq dalam meningkatkan ekonomi ummah.
✅ Pemantapan SOP dan Polisi Pengurusan Dana – Mengukuhkan ketelusan dalam proses penerimaan dan pengagihan dana infaq agar lebih efisien dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik.
YIA terus komited memperkasakan ekonomi ummah melalui pelaksanaan inisiatif infaq yang lestari, mampan dan berterusan. Seiring dengan misi ini, YIA mengajak seluruh masyarakat untuk bersama menyemai nilai keprihatinan dengan menyertai inisiatif infaq bermula serendah RM1. Walaupun kecil pada nilai, setiap sumbangan membawa harapan besar dan mampu mencetuskan perubahan yang bermakna bagi mereka yang memerlukan.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua