PROJEK “CHARITY PARKING” – YAYASAN INFAQ ANGKASA SALUR SUMBANGAN RM30,000 KEPADA KOPERASI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KUALA LUMPUR BERHAD
Kuala Lumpur, Selasa, 9 September 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan dana berjumlah RM30,000 kepada Koperasi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur Berhad bagi membangunkan tapak parkir berbumbung yang bakal memberi manfaat kepada lebih 120 guru dan kakitangan sekolah berkenaan.
Majlis perasmian dan penyerahan projek “Charity Parking” telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua Cemerlang Jusa C merangkap Pengerusi Koperasi Koperasi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur Berhad YBrs. Tn. Hj Wan Jamaludin Wan Bidin, YBrs. Pn Hjh. Sharifah Aminah Syed Mohdssain selaku Pengerusi, Jawatankuasa ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, YBrs. Mohamed Reza Aliasad, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama guru-guru dan para pelajar.
Projek “Charity Parking” ini merupakan satu inisiatif yang bukan sahaja menyediakan kemudahan parkir berbumbung kepada guru-guru, malah turut memberi impak positif kepada koperasi sekolah. Hasil kutipan caj parkir akan disalurkan sebahagiannya ke tabung kebajikan sekolah bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan, selain menyokong aktiviti kebajikan koperasi.
Yayasan Infaq ANGKASA merakamkan penghargaan atas kerjasama erat yang diberikan oleh Koperasi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur Berhad. Diharapkan sumbangan ini dapat memberikan manfaat berterusan kepada warga sekolah, di samping memperkukuh jalinan kerjasama dan ukhuwah pada masa hadapan.
Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Salurkan infaq anda melalui:
Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
No. Akaun: 1101 8775 38
“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”
Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
Jom berinfaq serendah RM1!
Ikuti kami:
Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA