YAYASAN INFAQ ANGKASA KONGSI ILMU TENTANG PENGURUSAN DANA INFAQ DI FORUM ANTIRASUAH KOPERASI & MAJLIS PERASMIAN DAN MENANDATANGANI MoU ANGKASA DENGAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) 

Selasa, 9 September 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA, YBrs. Dr. Mohd. Azlan Yahya telah berkongsi ilmu dan pandangan berhubung Pengurusan Dana Infaq sempena Forum Antirasuah Koperasi & Majlis Perasmian Dan Menandatangani MoU Angkasa Dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis berprestij ini telah diadakan di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya dan dihadiri oleh warga kerja ANGKASA serta para tetamu jemputan.

Dalam perkongsian tersebut, YBrs. Dr. Mohd. Azlan menekankan bahawa pengurusan integriti merupakan aspek terpenting dalam menguruskan dana infaq. Penekanan terhadap ketelusan, amanah, serta tadbir urus yang baik diyakini mampu memastikan sumbangan dana infaq dapat memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.

Yayasan Infaq ANGKASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan yang diberikan. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan dan menjadi panduan dalam memperkukuh budaya integriti serta mengangkat martabat amalan infaq di negara ini.

 

Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

💳 Salurkan infaq anda melalui:      

🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA  

📌 No. Akaun: 1101 8775 38

“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”

📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270

🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com

🤲 Jom berinfaq serendah RM1!

Ikuti kami:

📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA

 

📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA