YAYASAN INFAQ ANGKASA SUMBANG DANA RM20,000 KEPADA KOPERASI KARIAH MASJID SHARIFAH FATIMAH JITRA BERHAD, KEDAH

Jumaat, 19 September 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan dana infaq berjumlah RM20,000 kepada Koperasi Kariah Masjid Sharifah Fatimah Jitra Berhad, Kedah bagi menjayakan Program Jualan Infaq Rahmah.

Sumbangan ini bertujuan menyokong inisiatif jualan infaq rahmah yang memberi peluang kepada golongan B40 untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti beras, telur, tepung dan pelbagai lagi pada harga yang lebih berpatutan. 

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Angkasamart, Pendang, Kedah dan berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 & 20 September 2025, bertempat di perkarangan Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, Kedah, bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Menariknya, rakyat Malaysia juga boleh menebus MYSARA di Jualan Infaq Rahmah ini, sekaligus memberikan lebih banyak manfaat kepada masyarakat setempat. Sumbangan ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembangunan ekonomi yang dapat membantu komuniti memerlukan. Semoga kerjasama erat ini terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat pada masa akan datang.

💳 Salurkan infaq anda melalui:      
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA  
📌 No. Akaun: 1101 8775 38

“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”

📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!

Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA