YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) TAJA RM15,000 BAGI MENYOKONG PERSIDANGAN ANTARABANGSA WORLD ZAKAT AND WAQF FORUM (WZWF) KE-14.

Khamis, 16 Oktober 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus komited memperkasa pembangunan ekonomi ummah melalui penyaluran tajaan berjumlah RM15,000 kepada Yayasan Wakaf Malaysia bagi menjayakan Persidangan Antarabangsa World Zakat and Waqf Forum (WZWF) Ke-14 yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Oktober 2025 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching, Sarawak.

Penganjuran forum ini memperkukuh komitmen Malaysia dalam memperkasakan zakat dan wakaf sebagai dua instrumen utama ekonomi Islam bukan sahaja dari sudut kewangan, malah sebagai pemangkin keadilan sosial, kesejahteraan masyarakat dan pembangunan mampan ummah global. Majlis Perasmian World Zakat & Waqf Forum (WZWF) 2025 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Delegasi YIA diketuai oleh YBhg. SS Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA, bersama YBhg. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA, diiringi oleh YBrs. Dr. Azlan Mohd Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif YIA, serta wakil barisan kakitangan.

Platform antarabangsa ini berfungsi sebagai medan strategik untuk memperkukuh jaringan kerjasama global dalam industri zakat dan wakaf, meneroka solusi inovatif bagi kelestarian pembangunan sosioekonomi ummah serta menyatukan pemimpin, pembuat dasar dan pengamal industri dari seluruh dunia di bawah satu aspirasi bersama.

YIA percaya bahawa kolaborasi yang terjalin menerusi forum ini akan terus memperkukuh agenda ekonomi Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semoga sinergi ini berterusan demi memperkasakan ummah. Insya-Allah.

💳Salurkan infaq anda melalui: 

🏦Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA 

📌No. Akaun: 1101 8775 38

✨“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨

📞Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270

🌐www.yayasaninfaqangkasa.com

🤲Jom berinfaq serendah RM1!

Ikuti kami:

📌Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA

📌YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA