LAWATAN KERJA YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) KE MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) BAGI MENEROKA PELUANG KERJASAMA STRATEGIK
Jumaat, 10 Oktober 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) meneruskan langkah proaktif dalam memperkasa ekonomi ummah melalui lawatan kerja ke MYANGKASA Amanah Berhad (MAAB). Sesi perbincangan ini memberi fokus kepada potensi kerjasama dalam pelaburan, pengurusan dana infaq dan wakaf, serta pelaksanaan projek masa hadapan yang dapat memberi manfaat lebih luas kepada masyarakat.
Kunjungan mesra ini telah disambut oleh YBrs. Encik Mohd Darulnizam Bin Mat Darus, Pengarah Urusan MyANGKASA Amanah Berhad bersama YBrs. Encik Muhammad Syafiq Bin Abdullah, Pengurus Besar MAAB serta warga kerja MAAB. Delegasi YIA pula diketuai oleh YBrs. Dr. Azlan Mohd Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA bersama wakil kakitangan YIA.
Pertemuan dua hala ini membawa satu matlamat bersama – mengembang dan mengoptimumkan dana infaq agar lebih ramai golongan yang memerlukan dapat disantuni.
Semoga hubungan kerjasama ini terus terjalin erat demi memperkasakan ekonomi ummah. Insya-Allah.
Salurkan infaq anda melalui:
Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
No. Akaun: 1101 8775 38
“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”
Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
Jom berinfaq serendah RM1!
Ikuti kami:
Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA