YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) TERIMA LAWATAN KERJA DARIPADA JABATAN KEWANGAN SOSIAL, BANK MUAMALAT

Khamis, 16 Oktober 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat di Ibu Pejabat YIA.

Lawatan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik melalui projek iTEKAD, yang sebelum ini telah berjaya melahirkan ramai usahawan berdaya saing. Menerusi perbincangan ini, kedua-dua pihak optimis bahawa kerjasama yang dirancang bersama YIA bakal membuka lebih banyak peluang keusahawanan khususnya kepada golongan ahli koperasi.

Delegasi Bank Muamalat disambut oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif YIA. Turut hadir ialah YBrs. Tn. Hj. Zaharuddin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial merangkap Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan ANGKASA, serta YBrs. Mohd Azim Bin Mohd Saufi, Pengurus Jabatan Kewangan Sosial, bersama barisan kakitangan YIA.

Yayasan Infaq ANGKASA menyambut baik kunjungan ini dan berharap agar hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dapat terus dieratkan demi manfaat bersama pada masa hadapan.

πŸ’³Salurkan infaq anda melalui:

🏦Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA

πŸ“ŒNo. Akaun: 1101 8775 38

βœ¨β€œNiβ€˜mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨

πŸ“žPertanyaan lanjut: +60 19-215 4270

🌐www.yayasaninfaqangkasa.com

🀲Jom berinfaq serendah RM1!

Ikuti kami:

πŸ“ŒFacebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA

πŸ“ŒYouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA

Β