KEMPEN TAMBAH POTONGAN INFAQ DI ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA
BERHAD (ANGKASA)
Jumaat, 7 November 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah membuka reruai pameran sempena Kempen Tambah Potongan Infaq khusus untuk warga kerja di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Antara objektif kempen ini adalah bagi meningkatkan kutipan dana infaq bagi membantu lebih ramai penerima manfaat, dan memberi pendedahan kepada warga ANGKASA mengenai kepentingan amalan infaq dan wakaf dalam membentuk budaya memberi (infaq).
Terima kasih kepada semua kakitangan ANGKASA yang telah membuat potongan serta penambahan potongan infaq melalui gaji. Semoga amalan ini terus subur, menjadi budaya dan membawa keberkatan dalam kehidupan seharian.
💳 Salurkan infaq anda melalui:
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
📌 No. Akaun: 1101 8775 38
✨ “Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨
📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!
Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA