MESYUARAT LEMBAGA
PEMEGANG AMANAH YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) BIL. 3/2025
Rabu, 10 Disember 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus teguh melaksanakan amanah dalam memperkasakan pembangunan sosioekonomi ummah melalui penganjuran Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bilangan 3 Tahun 2025. Mesyuarat ini diadakan bagi meneliti, menambah baik dan memperkukuh hala tuju strategik YIA dalam menguruskan dana infaq secara profesional, telus dan berimpak tinggi.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA, dengan kehadiran penuh para Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta kakitangan pengurusan YIA.
Perbincangan utama merangkumi penelitian permohonan dana infaq, perbincangan kerjasama strategik, pemurnian SOP dan polisi pengurusan dana, pembentangan belanjawan tahun 2026 dan laporan pencapaian tahun 2025. Setiap agenda dibincangkan secara komprehensif bagi memastikan pengurusan dana dilaksanakan secara berintegriti dan memberikan impak optimum kepada penerima manfaat.
YIA komited untuk terus memperkasa agenda pembangunan ummah melalui pengurusan infaq yang berstruktur, telus dan berkesan. YIA mengajak masyarakat untuk bersama-sama memperluas manfaat infaq melalui sumbangan serendah RM1 demi menjana perubahan positif dalam kehidupan golongan memerlukan.
“Sedikit yang ikhlas lebih bernilai daripada banyak yang ragu.”
Salurkan infaq anda melalui:
Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
No. Akaun: 1101 8775 38
“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”
Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
Jom berinfaq serendah RM1!
Ikuti kami:
Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua #BerkatRezeki #KebajikanBersama