YAYASAN INFAQ ANGKASA
(YIA) ANJUR PROGRAM IFTAR BERSAMA ANAK YATIM DI PUSAT JAGAAN DARUL SAKINAH
Selasa, 10 Mac 2026 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) meneruskan komitmennya dalam usaha kebajikan dengan menganjurkan Program Iftar bersama anak-anak yatim di Pusat Jagaan Darul Sakinah.
Dalam majlis tersebut, seramai 14 orang anak yatim telah menerima sumbangan bakul makanan. Sebahagian besar barangan yang disumbangkan merupakan produk keluaran koperasi, sekali gus menyokong ekosistem gerakan koperasi negara. Sumbangan ini disalurkan hasil daripada infaq para penyumbang yang prihatin.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA. Bantuan ini diharap dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada anak-anak yatim di pusat jagaan berkenaan.
Majlis Agihan Dana Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) ini turut diadakan dalam suasana penuh bermakna apabila pihak YIA berpeluang berbuka puasa bersama anak-anak yatim serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada mereka.
Bersempena dengan usaha ini, YIA ingin mengajak seluruh masyarakat untuk turut sama menghidupkan amalan berinfaq. Kini, sumbangan boleh dilaksanakan dengan mudah hanya di hujung jari. Dengan sumbangan serendah RM1, setiap individu berpeluang menyumbang kepada pelbagai program kebajikan yang memberi impak besar kepada golongan yang memerlukan.
Salurkan infaq anda melalui:
Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
No. Akaun: 1101 8775 38
“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”
Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
Jom berinfaq serendah RM1! https://yayasaninfaqangkasa.com/jom-menyumbang/
Ikuti kami:
Facebook, TikTok, Instagram, Threads & LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA