YAYASAN INFAQ ANGKASA TERIMA SUMBANGAN INFAQ KORPORAT RM 5,000 DARIPADA KOPERASI SMK SAUJANA UTAMA SUNGAI BULOH BERHAD

Selasa, 17 Mac 2026 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dengan penuh penghargaan menerima sumbangan infaq korporat berjumlah RM5,000 daripada Koperasi SMK Saujana Utama Sungai Buloh Berhad. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuhkan budaya infaq di Malaysia, sekali gus menyokong usaha kebajikan dan pembangunan masyarakat.

Β 

Koperasi SMK Saujana Utama Sungai Buloh Berhad merupakan antara koperasi sekolah yang mencatatkan perolehan tahunan yang melebihi RM1 juta, hasil daripada pengurusan koperasi yang cekap dan komitmen tinggi warga pendidik di sekolah tersebut. Kejayaan ini mencerminkan sokongan padu daripada pihak sekolah dalam memperkasakan koperasi sebagai entiti yang bukan sahaja berdaya maju tetapi juga prihatin terhadap masyarakat setempat.

Β 

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Noor Anita bt Jaafar, Pengetua SMK Saujana Utama, kepada wakil pengurusan Yayasan Infaq ANGKASA.

Kami di YIA amat menghargai sumbangan ini dan akan memanfaatkan sepenuhnya bagi pelbagai inisiatif kebajikan untuk membantu golongan yang memerlukan. Kini, berinfaq menjadi lebih mudah dengan akses digital yang pantas dan selamat.









πŸ’³ Salurkan infaq anda melalui:

🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA

πŸ“Œ No. Akaun: 1101 8775 38

✨ β€œNiβ€˜mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨

πŸ“ž Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270

🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com

🀲 Jom berinfaq serendah RM1! https://yayasaninfaqangkasa.com/jom-menyumbang/

Ikuti kami:

πŸ“Œ Facebook, TikTok, Instagram, Threads & LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA

πŸ“Œ YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA

Bantu kongsikan..