YAYASAN INFAQ ANGKASA PERKUKUH HALA TUJU STRATEGIK MELALUI STRATEGIK MELALUI MESYUARAT LEMBAGA PEMEGANG AMANAH BILANGAN 2/2026

Jumaat, 17 April 2026 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus komited dalam melaksanakan amanah bagi memperkasa pembangunan sosioekonomi ummah melalui penganjuran Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA Bilangan 2 Tahun 2026 yang telah berlangsung di ibu pejabat YIA.

Mesyuarat ini diadakan bagi meneliti, menambah baik serta memperkukuh hala tuju strategik yayasan, khususnya dalam memastikan pengurusan dana infaq dilaksanakan secara profesional, telus dan berimpak tinggi.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA, dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang hadir secara fizikal serta dalam talian, bersama barisan pengurusan YIA.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk penelitian permohonan dana infaq, kemas kini Projek Infaq Kasih serta pembentangan laporan kewangan terkini. Kesemua perkara ini telah diperhalusi secara menyeluruh bagi memastikan setiap keputusan dibuat dengan penuh integriti, kecekapan dan akauntabiliti, seterusnya memberi impak optimum kepada penerima manfaat.

Yayasan Infaq ANGKASA kekal komited dalam memperkasa agenda pembangunan ummah melalui pelaksanaan projek infaq kasih yang berstruktur, berkesan dan berakauntabiliti tinggi. Sehubungan itu, YIA mengalu-alukan sokongan masyarakat untuk bersama-sama memperluas manfaat infaq melalui sumbangan serendah RM1, demi menjana perubahan positif dan berterusan kepada golongan yang memerlukan.

Salurkan infaq anda melalui: 

Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA 

No. Akaun: 1101 8775 38

“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”

Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270

www.yayasaninfaqangkasa.com

Jom berinfaq serendah RM1! https://yayasaninfaqangkasa.com/jom-menyumbang/

Ikuti kami:

Facebook, TikTok, Instagram, Threads & LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA

YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA

Bantu kongsikan..