projek “charity parking” – yayasan infaq angkasa salur sumbangan dana rm30 ribu kepada smk tobiar pendang kedah.

Isnin, 24 Februari 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan dana RM30 ribu kepada SMK Tobiar Pendang, Kedah bagi membangunkan tapak meletakkan kenderaan berbumbung yang dapat dimanfaatkan kepada lebih 40 guru-guru dan kakitangan di sekolah ini.

Terdahulu majlis perasmian “Charity Parking” ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tn. Hj. Yaacob Bin Hj. Hassan, Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Kedah. Turut hadir sama adalah Yang Berusaha Tuan Haji Mat Zafri Bin Ngah, selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tobiar Pendang Kedah, YBrs. En. Mohd Safian Bin Abdul Rahman Selaku Pengurus Besar Yayasan Infaq ANGKASA serta guru- guru dan kakitangan di sekolah ini.

Projek “Charity Parking” ini adalah salah satu inisiatif yang baik bagi memudahkan pihak guru untuk mendapatkan tempat bagi memarkir kenderaan mereka. Selain itu, usaha ini bukan hanya memberi kelebihan dan kemudahan kepada guru, namun ia juga memberi impak positif kepada sekolah dan juga koperasi. Hal ini di mana, hasil daripada sumbangan guru-guru setiap bulan akan dimasukkan ke dalam tabung pengurusan kebajikan sekolah, dan juga tabung koperasi dan akan di infaqkan semula kepada Yayaysan Infaq ANGKASA.

Pihak Yayasan Infaq ANGKASA amat menghargai sambutan yang baik dari SMK Tobiar Pendang, Kedah diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah ini. Semoga Kerjasama dan ukhwah ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua