yayasan infaq angkasa sumbang dana infaq RM15,000 kepada ANGKASAMART pendang, kedah
Selasa, 24 Februari 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan dana infaq berjumlah RM15,000 kepada AngkasaMart Pendang, Kedah bagi menjayakan program Jualan Infaq Rahmah. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan keperluan asas seperti beras, telur, tepung, minyak masak, gula, dan barangan runcit lain pada harga yang lebih berpatutan. Langkah ini bukan sahaja dapat meringankan beban kos sara hidup, malah memberi peluang kepada lebih ramai pihak untuk menikmati manfaat ekonomi inklusif.
Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Hj Abdul Razak Chik, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Kedah. Turut hadir Encik Muhamad Izzat bin Zainol, Pegawai Pembangunan Perniagaan ANGKASA Kedah, serta kakitangan AngkasaMart Pendang, Kedah.
Sumbangan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembangunan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Semoga kerjasama ini terus diperkukuh bagi menjamin kesejahteraan masyarakat serta menyemai semangat keprihatinan dan amalan infaq dalam kalangan komuniti.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua