yayasan infaq angkasa santuni penyumbang infaq dalam kalangan kakitangan ANGKASA

Rabu, 18 Disember 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dengan penuh rasa syukur dan rendah hati telah mengambil langkah proaktif dengan menyantuni para penyumbang infaq dalam kalangan kakitangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Inisiatif ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim, menyemarakkan semangat keprihatinan, serta memupuk budaya berinfaq dalam kalangan warga kerja ANGKASA.

Sebagai salah satu usaha strategik untuk meningkatkan kutipan dana infaq, YIA sentiasa komited memperkenalkan pelbagai pendekatan yang inovatif dan berkesan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan berinfaq. Sokongan berterusan daripada kakitangan ANGKASA sejak penubuhan yayasan ini amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada kami untuk terus memperluaskan manfaat program-program kebajikan yang dilaksanakan.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua