yayasan infaq angkasa jalin kerjasama bersama MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) perkasa produk dan perkhidmatan
Selasa, 22 Oktober 2024 – Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik antara Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) telah berlangsung, bertujuan memperkukuh kerjasama dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan kedua-dua organisasi.
Melalui perjanjian ini, kerjasama yang bakal terjalin melibatkan YIA sebagai salah satu pilihan penerima (1/3 pemberian kepada bukan waris) dalam wasiat pindaan MAAB. Pada masa yang sama, MAAB akan menyumbang RM0.50 bagi setiap wasiat yang berjaya didaftarkan, sebagai sumbangan wakaf korporat, yang bakal memberi manfaat kepada pewasiat serta MAAB.
Majlis tandatangan yang diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, ANGKASA, Kelana Jaya telah disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, dan diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA, Dato’ Ahmad Tajudin Haji Abdul Rahman.
Dalam majlis yang sama, MAAB turut menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM362,694.40 kepada ANGKASA, yang diterima oleh Datuk Haji Mohamad Ali Hasan selaku Anggota Lembaga ANGKASA dan Pengerusi Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA termasuk Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, serta Anggota Lembaga ANGKASA seperti Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah MAAB dan Ketua Pegawai Perniagaan MAAB, Haji Zulkifli Ismail, Pengarah Urusan MAAB merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA, Tan Sri Ismail Ibrahim, Pengurus Besar MAAB, Encik Muhammad Syafiq Abdullah, serta Pengurus Besar YIA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua