YAYASAN INFAQ ANGKASA TERUS PERKASA USAHA MEMBERI PENDEDAHAN INFAQ & WAKAF DI HIMPUNAN 1000 USAHAWAN KU-HARAKI
Ahad, 3 Ogos 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa kesedaran masyarakat tentang kepentingan infaq dan wakaf sebagai teras pembangunan ekonomi ummah. Kehadiran YIA dalam Himpunan 1000 Usahawan Kelab Usahawan Haraki Malaysia (KU-HARAKI) bukan sahaja membuka ruang kerjasama strategik, malah mengukuhkan jaringan sinergi bersama komuniti usahawan Islam seluruh negara.
Acara gilang-gemilang yang berlangsung di Shaftbury Putrajaya ini menghimpunkan lebih 1000 usahawan daripada pelbagai latar belakang. Ia menjadi platform terbaik untuk YIA menyampaikan mesej dan misi infaq serta wakaf sebagai instrumen pembangunan ekonomi Islam yang lestari dan menyeluruh.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh YB Dr. Radzi Jidin, Ahli Parlimen Putrajaya, yang turut menyokong usaha kolaboratif ke arah memperkukuh ekonomi masyarakat melalui pendekatan berlandaskan nilai-nilai Islam.
YIA kekal komited dalam memacu transformasi ekonomi ummah melalui inisiatif infaq yang inklusif, mampan dan berterusan. Seiring dengan misi ini, YIA menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama menyemai budaya infaq dengan memulakan infaq serendah RM1. Walaupun kecil pada nilaian mata, sumbangan ini membawa erti besar kepada insan yang memerlukan serta mampu mencetus perubahan yang benar-benar bermakna.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua