YAYASAN
INFAQ ANGKASA (YIA) MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA DARIPADA
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
Jumaat, 26 September 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada Bahagian Wakaf, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Kunjungan ini menjadi wadah perbincangan serta perkongsian pandangan mengenai pelaksanaan program-program wakaf di IKIM, di samping membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.
Kehadiran delegasi IKIM telah disambut oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA. Turut hadir ialah Tuan Haji Abu Bakar bin Yang, Pengarah Bahagian Wakaf IKIM, YBrs. Pn. Hajah Nafiza Mohd Khir Hadi selaku Penasihat, serta pegawai-pegawai IKIM.
Yayasan Infaq ANGKASA menyambut baik kunjungan ini dan berharap agar hubungan yang terjalin dapat memberi manfaat bersama serta membuka ruang kerjasama strategik yang lebih erat pada masa akan datang.
💳 Salurkan infaq anda melalui:
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
📌 No. Akaun: 1101 8775 38
✨ “Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨
📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!