yayasan infaq angkasa (YIA) terima kunjungan hormat dan lawatan kerja KOBANAS

Rabu, 4 Disember 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menerima kunjungan rasmi dan lawatan kerja daripada Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS). Kunjungan ini bertujuan untuk mewujudkan platform perbincangan strategik serta berkongsi pandangan dalam usaha mencari titik persamaan untuk memperkukuhkan kerjasama. Antara fokus utama adalah untuk meningkatkan pengumpulan dana infaq agar manfaatnya dapat disalurkan secara lebih efektif bagi pembangunan ekonomi masyarakat.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan. Pelbagai cadangan kerjasama strategik telah dibincangkan sebagai persediaan pelan tindakan bagi tahun 2025. Yayasan Infaq ANGKASA amat menghargai kehadiran YBrs. Encik Hamzah bin Hj. Ibrahim selaku pengerusi bersama delegasi KOBANAS. Hubungan erat ini diharap dapat melakar kejayaan bersama dan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua