yayasan infaq angkasa jalin kerjasama strategik dengan badan wakaf indonesia (BWI) sumatera barat

Jumaat, 25 April 2025 – Yayasan Infaq Angkasa (YIA) terus memperkukuh hubungan strategik dengan Badan Wakaf Indonesia (BWI) Sumatera Barat melalui lawatan kerja rasmi di Padang Indonesia. Delegasi YIA diketuai oleh Yang Berhormat (YB) SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA, bersama ahli lembaga yang lain, termasuk Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar Hj. Opir, YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Tajudin Hj. Abdul Rahman, YBhg. Dr. Mohd Azlan Yahya, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, serta wakil sekretariat YIA.

Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dalam pengurusan dana infaq dan wakaf, sekaligus mempererat hubungan antara Malaysia dan Indonesia. YIA komited dalam perkongsian pengetahuan serta amalan terbaik dalam pengurusan dana Infaq. Delegasi YIA disambut mesra oleh BWI Sumatera Barat yang diketuai oleh Dr. H. Japeri Jarab, MM, bersama H. Yufrizal dan Dr. Muslimah. Pertemuan ini merupakan kesinambungan lawatan kerja BWI ke YIA pada Februari 2024.

“Kami banyak belajar daripada YIA dalam aspek pengurusan infaq dan wakaf melalui lawatan tahun lalu,” ujar Dr. H. Japeri Jarab.

Hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai dua negara serumpun terus diperkukuh melalui kerjasama ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan silaturahim, malah membuka ruang untuk kolaborasi lebih luas dalam bidang wakaf dan infaq. Diharapkan kerjasama ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada kedua-dua pihak.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua