yayasan infaq jalin peluang kerjasama bersama koperasi kakitangan bank simpanan nasional berhad (KOBANAS)
Khamis, 16 Januari 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus memperkukuhkan usaha perbincangan strategik menerusi pertemuan rasmi bersama Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS). Lawatan kerja ini disertai oleh Puan Izatulnizah binti Zainal Abidin selaku Penolong Pengurus, bersama pegawai YIA.
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk memperincikan perancangan serta pandangan yang telah dibangkitkan dalam sesi pertemuan sebelumnya. Antara bentuk kerjasama yang dibincangkan termasuklah promosi dan pendedahan berkaitan konsep infaq dan wakaf dalam kalangan kakitangan KOBANAS serta Bank Simpanan Nasional (BSN). Selain itu, projek utama seperti “Saham Akhirat” turut dirancang, yang dijangka membawa manfaat bukan sahaja kepada kakitangan KOBANAS dan BSN, malah kepada masyarakat setempat dan golongan asnaf.
Delegasi KOBANAS yang diketuai oleh Encik Noor Shabudin bin Shafie selaku Pengurus Kredit, turut diiringi oleh Cik Norsyahira Afiqah binti Abdel Hikim, Eksekutif Sokongan & Perniagaan, Muhammad Azrul Nazwan bin Mohd Nadzri, Eksekutif Sokongan & Perniagaan , serta Cik Nur Azizah binti Sagiman, Eksekutif Sekretariat.
Dalam sesi ini,turut dibincangkan beberapa cadangan kerjasama strategik bagi pelan tindakan tahun 2025 telah dibentangkan. Diharapkan hubungan yang terjalin ini akan memberikan manfaat besar serta kejayaan berpanjangan kepada kedua-dua pihak.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua