yayasan infaq angkasa terokai peluang kerjasama dengan waqaf felda demi memperkasa infaq dan waqaf

Khamis, 23 Januari 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus melangkah maju dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan menjalin hubungan erat bersama Waqaf Felda. Lawatan kerja rasmi ini dihadiri oleh Puan Izatulnizah binti Zainal Abidin, Penolong Pengurus YIA, bersama pasukan pegawai YIA.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memperkenalkan YIA secara lebih mendalam serta membincangkan pandangan dan inisiatif yang dapat memajukan amalan infaq dan waqaf di Malaysia.

Delegasi Waqaf Felda diketuai oleh YBrs. Ustaz Hisyam Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf Felda, bersama YBrs. Encik Muhamat Faizal Marjani, Pengurus Bahagian Operasi, dan YBrs. Mohd Suffian Mohamad Ishak, Pengurus Kanan Kewangan dan Pelaburan.

Dalam pertemuan ini, beberapa cadangan kerjasama strategik telah dibincangkan sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan inisiatif bersama. Perincian lanjut akan diadakan dalam pertemuan susulan. Hubungan yang terjalin ini diharapkan dapat memberi manfaat besar dan menyumbang kepada kejayaan berpanjangan kedua-dua organisasi.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua