YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) TERIMA LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN KEMAJUAN KOMUNITI BANDAR IPOH, PERAK

Rabu, 5 November 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh, Perak bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program kebajikan dan pembangunan komuniti.

Lawatan ini bertujuan membentangkan cadangan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama pihak YIA. Perbincangan tersebut membuka ruang kolaborasi dua hala dalam usaha memperkasa agenda kebajikan melalui pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Kunjungan hormat ini telah disambut oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif YIA. Turut hadir, YBrs. Muhammad Nafis Zamah Sari, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh, Perak bersama delegasi.

YIA amat mengalu-alukan jalinan kerjasama ini dan berharap agar hubungan strategik ini dapat diteruskan melalui program yang berimpak tinggi pada masa hadapan.

 

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

#Yia #Yayasaninfaqangkasa #Infaquntuksemua

💳 Salurkan infaq anda melalui:      
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA  
📌 No. Akaun: 1101 8775 38

“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”

📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!

 

Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA

 

Bantu kongsikan..