yayasan infaq angkasa dan wakaf ar-risalah perkukuh kerjasama dalam industri infaq dan wakaf
Sabtu, 26 April 2025 – Yayasan Infaq Angkasa (YIA) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Yayasan Wakaf Ar-Risalah di Padang bagi memperkukuhkan kerjasama strategik dalam pengurusan dana infaq dan wakaf. Lawatan ini menandakan komitmen kedua-dua pihak dalam meningkatkan pengurusan dana kebajikan serta memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia.
Delegasi YIA diketuai oleh Yang Berhormat (YB) SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA, bersama ahli lembaga yang lain termasuk Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar Hj. Opir, YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Tajudin Hj. Abdul Rahman, YBhg. Dr. Mohd Azlan Yahya, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik,YBhg. Dato’ Hj. Che Mohd Shukree Che Isa serta wakil sekretariat YIA.
Lawatan kerja ini disambut mesra oleh wakil Yayasan Wakaf Ar-Risalah yang diketuai oleh Arwin Al Ibrahimi selaku Ketua Yayasan, bersama H. Rahimul Amim (Manajer Investasi dan Kemitraan), Aris Setia Budi (Manajer Operasional dan Program), dan Syaifullah Fready Saputra (Direktur Bidang Ekonomi dan Usaha). Turut hadir ialah delegasi Badan Wakaf Indonesia (BWI) Sumatera Barat.
YB SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot menyatakan bahawa kerjasama ini merupakan permulaan kepada lebih banyak inisiatif bersama pada masa depan. Beliau menekankan bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun perlu diperkukuh melalui sinergi dalam bidang wakaf dan infaq. Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan silaturahim, malah membuka ruang untuk kolaborasi yang lebih luas demi manfaat jangka panjang kedua-dua pihak.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua