YAYASAN INFAQ ANGKASA PERKUKUH HALA TUJU STRATEGIK MELALUI MESYUARAT LEMBAGA PEMEGANG AMANAH & BENGKEL PELAN STRATEGIK 2026

Jumaat, 23 Januari 2026 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus komited melaksanakan amanah dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi ummah menerusi penganjuran Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA Bilangan 1 Tahun 2026 & Bengkel Pelan Strategik 2026 . Mesyuarat ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bertempat di Bayview Hotel, Melaka, dengan tujuan meneliti, menambah baik serta memperkukuh hala tuju strategik YIA bagi memastikan pengurusan dana infaq dilaksanakan secara profesional, telus dan berimpak tinggi.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA, dan disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang hadir secara fizikal serta dalam talian, bersama barisan pengurusan YIA.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk penelitian permohonan dana infaq, perbincangan berkaitan kerjasama strategik, pemantapan garis panduan, tadbir urus serta polisi pengurusan dana, pembentangan projek 2026, dan laporan kewangan terkini. Kesemua agenda telah dibincangkan secara menyeluruh bagi memastikan pengurusan dana infaq dilaksanakan dengan penuh integriti, kecekapan dan akauntabiliti, serta memberi impak optimum kepada penerima manfaat.

Yayasan Infaq ANGKASA kekal komited untuk memperkasa agenda pembangunan ummah melalui pelaksanaan projek infaq yang berstruktur, berkesan dan berakauntabiliti tinggi. Sehubungan itu, YIA mengalu-alukan sokongan masyarakat untuk bersama-sama memperluas manfaat infaq melalui sumbangan serendah RM1, demi menjana perubahan positif dan berterusan kepada golongan yang memerlukan.

💳 Salurkan infaq anda melalui:       
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA           
📌 No. Akaun: 1101 8775 38

“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”

📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkas.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!

Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA

 

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua #BerkatRezeki #KebajikanBersama