mesyuarat ahli lembaga pemegang amanah yayasan infaq angkasa (YIA) bilangan 1/2025

Selasa, 18 Februari 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bilangan 1 bagi tahun 2025 sebagai langkah strategik dalam memperkukuhkan usaha pembangunan ummah serta memperhalusi setiap permohonan dana infaq yang diterima. Mesyuarat ini bertujuan memastikan pengagihan dana dilakukan dengan lebih terancang dan berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, dan turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, barisan pengurusan tertinggi, serta kakitangan YIA.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk:
Penelitian Permohonan Dana Infaq – Bagi memastikan setiap permohonan memenuhi syarat dan dapat memberi manfaat maksimum kepada penerima yang layak.
Kerjasama Strategik – Membincangkan peluang kolaborasi dengan pelbagai pihak bagi memperluaskan lagi keberkesanan program infaq.
Pemantapan SOP dan Polisi Pemberian Dana – Mengukuhkan ketelusan dalam proses penerimaan dan pengagihan infaq agar lebih efisien dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik.

YIA terus komited dalam memperkasakan ekonomi ummah melalui inisiatif infaq yang lestari dan berterusan.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua