yayasan infaq angkasa dan yayasan anshorullah peduli negeri (ASHPEN) mengadakan pertemuan rasmi untuk perkukuh pengurusan dana kebajikan
Ahad, 27 April 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Yayasan Anshorullah Peduli Negeri (ASHPEN) yang bertempat di Bukittinggi, Indonesia. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi pertemuan dua hala dan bertukar pandangan mengenai strategi serta pendekatan dalam pengurusan dana kebajikan, selaras dengan aspirasi memperkukuh kerjasama serantau antara Malaysia dan Indonesia.
Delegasi YIA telah diketuai oleh Yang Berhormat SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA. Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar Hj. Opir, YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Tajudin Hj. Abdul Rahman, YBhg. Dr. Mohd Azlan Yahya, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, YBhg. Dato’ Hj. Che Mohd Shukree Che Isa serta wakil sekretariat YIA.
Ketibaan delegasi YIA telah disambut mesra oleh pihak ASHPEN yang diketuai oleh Tuan Zulfamiadi, selaku Direktor Utama ASHPEN. Turut hadir ialah Ketua Dewan Syariah Majelis Ulama Indonesia (MUI), Dr. H. Aidil Alfin, bersama Wakil MUI, H. Syamsul Bahri. Delegasi dari Badan Wakaf Indonesia (BWI) Sumatera Barat juga turut serta memeriahkan sesi perbincangan tersebut.
Dalam ucapan beliau, YB SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot menegaskan bahawa jalinan kerjasama seperti ini perlu diteruskan sebagai permulaan ke arah pengurusan dana kebajikan yang lebih cekap dan berkesan. Beliau turut menyatakan bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun wajar diperkukuh menerusi sinergi dalam bidang wakaf dan infaq. Tambah beliau lagi, inisiatif murni seperti ini tidak terhenti setakat ini sahaja, malah pelbagai bentuk kerjasama strategik akan terus diteroka dan dilaksanakan pada masa hadapan.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua