PROJEK “CHARITY PARKING” – YAYASAN INFAQ ANGKASA SALUR SUMBANGAN DANA RM20 RIBU KEPADA KOPERASI SMK ELOPURA SANDAKAN SABAH BERHAD.
Khamis, 18 Julai 2024- Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan dana RM20 ribu kepada Koperasi SMK Elopura Sandakan Sabah Berhad bagi membangunkan parkir kenderaan berbumbung yang dapat dimanfaatkan kepada lebih 160 orang guru dan kakitangan sekolah berkenaan.
Terdahulu majlis perasmian “Charity Parking” ini telah disempurnakan oleh oleh Y.A.D Dato’ Setia Prof Madya Dr. Hj. Anhar Hj. Opir selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA. Turut hadir sama YBrs. Pn. Marni Sulaiman Penolong Pengarah Kanan SKM Wilayah Sandakan, YBrs. Pn. Rahimah Asrah, Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sabah, YBrs. Dr. Lo Kim Seng Selaku Timbalan Pengerusi SMK Elopura Sandakan, YBrs. En. Mohd Safian bin Abdul Rahman selaku Pengurus Besar Yayasan Infaq ANGKASA, Barisan Pengurusan dan Pendidik SMK Elopura Sandakan.
Pihak Yayasan Infaq ANGKASA amat menghargai sambutan yang baik dari SMK Elopura Sandakan dan diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah ini. Semoga Kerjasama dan ukhwah ini dapat diteruskan dimasa akan datang.
Jom Berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini dihujung jari anda.
“Ni’mat Berkat Rezeki Berganda”.
Jom Menyumbang Sekarang
Dengan sumbangan anda kami dapat menggerakkan platform wakaf dalam memperkukuhkan sosio-ekonomi masyarakat di Malaysia mahupun luar negara.