projek "charity parking"di smk beaufort II,sabah

TARIKH : 15 JULAI 2024M BERSAMAAN 9 MUHARAM 1446H (KHAMIS)
TEMPAT : SMK BEAUFORT II, SABAH

PROJEK “CHARITY PARKING” – YAYASAN INFAQ ANGKASA SALUR SUMBANGAN DANA RM20 RIBU KEPADA SMK BEAUFORT II, SABAH
 
Isnin, 15 Julai 2024- Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan dana RM20 ribu kepada SMK Beaufort II, Sabah bagi membangunkan tapak meletakkan kenderaan berbumbung yang dapat dimanfaatkan kepada lebih 60 orang guru dan kakitangan sekolah berkenaan.
 
Terdahulu majlis perasmian “Charity Parking” ini telah disempurnakan oleh oleh YBrs. En. Awangku Jali Pengiran Abbas, Setiausaha ANGKASA Negeri Sabah. Turut hadir sama YBrs. En. Md Said @Mohd Shah Bin Ag Damit, Timbalan Pegawai Sektor Pengurusan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, YBrs. Tn. Hj. Saffie Md. Salleh, Pengetua SMK Beaufort II, Sabah dan YBrs. En. Mohd Safian Bin Abdul Rahman Selaku Pengurus Besar Yayasan Infaq ANGKASA serta guru- guru dan kakitangan di SMK Beaufort II, Sabah.
 
Pihak Yayasan Infaq ANGKASA amat menghargai sambutan yang baik dari SMK Beaufort II, Sabah diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah ini. Semoga Kerjasama dan ukhwah ini dapat diteruskan dimasa akan datang.
 
Jom Berinfaq serendah RM1 bersama kami.
 
Berinfaq kini dihujung jari anda.
 
“Ni’mat Berkat Rezeki Berganda”.
 

Jom Menyumbang Sekarang

Dengan sumbangan anda kami dapat menggerakkan platform wakaf dalam memperkukuhkan sosio-ekonomi masyarakat di Malaysia mahupun luar negara.