PROJEK “CHARITY PARKING” – YAYASAN INFAQ ANGKASA SALUR SUMBANGAN DANA RM20 RIBU KEPADA SMK MAJAKIR, SABAH
Selasa, 16 Julai 2024- Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan dana RM20 ribu kepada SMK Majakir, Sabah bagi membangunkan tapak meletakkan kenderaan berbumbung yang dapat dimanfaatkan kepada lebih 80 orang guru dan kakitangan sekolah berkenaan.
Terdahulu majlis perasmian “Charity Parking” ini telah disempurnakan oleh oleh YBHG. Dato’ Hj Che Mohd Shukree Che Isa selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA. Turut hadir sama YBrs. Tn. Hj. Awang Hamidun Pengiran Tahir Petra, Bendahari ANGKASA Negeri Sabah, YBrs. Pn. Zuraidah binti Salleh Selaku Pengetua SMK Majakir Sabah, YBrs. En. Mohd Safian bin Abdul Rahman selaku Pengurus Besar Yayasan Infaq ANGKASA, Barisan Pengurusan dan Pendidik SMK Majakir, Sabah.
Pihak Yayasan Infaq ANGKASA amat menghargai sambutan yang baik dari SMK Majakir, Sabah diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah ini. Semoga Kerjasama dan ukhwah ini dapat diteruskan dimasa akan datang.
Jom Berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini dihujung jari anda.
“Ni’mat Berkat Rezeki Berganda”.
Jom Menyumbang Sekarang
Dengan sumbangan anda kami dapat menggerakkan platform wakaf dalam memperkukuhkan sosio-ekonomi masyarakat di Malaysia mahupun luar negara.