yayasan infaq angkasa (YIA) salur sumbangan dana rm5 ribu bantu bina gazebo di SMK alam damai, kuala lumpur

Khamis, 24 Oktober 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan dana bernilai RM5,000.00 kepada SMK Alam Damai, Kuala Lumpur bagi membantu pembinaan gazebo di sekolah berkenaan. Sumbangan telah di sempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Ismail Mohd @ Abu Hassan selaku lembaga pemegang amanah Yayasan Infaq ANGKASA.

Turut hadir sama Ybrs Puan Maznah Muslim, selaku Pemangku Pengetua SMK Alam Damai Kuala Lumpur dan Puan Hajah Syarifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan dan juga merangkap NYDP SMK Alam Damai Kuala Lumpur.

Pihak Yayasan Infaq ANGKASA amat menghargai sambutan yang baik dari SMK Alam Damai, Kuala Lumpur. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat semua kakitangan dan pelajar disekolah ini. Semoga Kerjasama dan ukhwah ini dapat diteruskan dimasa akan datang. 

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua