yayasan infaq angkasa (YIA) salur sumbangan dana rm70,500 bantu sekolah terjejas banjir di sabah.

Isnin, 19 November 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM70,500 kepada Pejabat Parlimen Penampang. Dana ini akan diagihkan kepada sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir di Sabah. Penerima bantuan dana infaq ini adalah SMK St Michael Penampang dan SMK Bahang.

Majlis penyerahan dana infaq ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Haji Mohd Azlan bin Yahya, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA merangkap Timbalan Presiden ANGKASA. Dana tersebut diterima oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ybrs. Dr Zhamriee Gulamrasul selaku Pengerusi JPAN Sabah, Pengurus Besar YIA, YBrs. En. Mohd Safian bin Abdul Rahman, dan  YBrs. Antony Barubui selaku Pengurus Kanan JPAN Sabah. 

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua