yayasan infaq angkasa terima sumbangan infaq korporat RM5,000 daripada korperasi SMK saujana utama sungai buloh BERHAD
Rabu, 26 Mac 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dengan penuh penghargaan menerima sumbangan infaq korporat berjumlah RM5,000 daripada Koperasi SMK Saujana Utama Sungai Buloh Berhad. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuhkan budaya infaq di Malaysia, sekali gus menyokong usaha kebajikan dan pembangunan masyarakat.
Koperasi SMK Saujana Utama Sungai Buloh Berhad merupakan antara koperasi sekolah yang mencatatkan keuntungan tahunan yang melebihi RM1 juta, hasil daripada pengurusan koperasi yang cekap dan komitmen tinggi warga pendidik di sekolah tersebut. Kejayaan ini mencerminkan sokongan padu daripada pihak sekolah dalam memperkasakan koperasi sebagai entiti yang bukan sahaja berdaya maju tetapi juga prihatin terhadap masyarakat setempat.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Hajah Noor Hayati Binti Embong, Pengetua Cemerlang SMK Saujana Utama, kepada YBhg. Dr. Mohd Azlan Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan & Aktiviti YIA. Turut hadir ialah YBrs. Pn. Nor Faizah Binti Md Shukri, Penolong Kanan Kokurikulum, serta barisan guru SMK Saujana Utama.
Kami di YIA amat menghargai sumbangan ini dan akan memanfaatkan sepenuhnya bagi pelbagai inisiatif kebajikan untuk membantu golongan yang memerlukan. Diharapkan sumbangan ini menjadi pencetus inspirasi kepada agensi serta syarikat korporat lain untuk turut sama menyumbang demi kesejahteraan ummah,” ujar wakil YIA.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua