yayasan infaq angkasa terima sumbangan infaq korporat RM10,766.00 daripada MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB)

Rabu, 9 April 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menerima sumbangan infaq korporat berjumlah RM10,766.00 daripada MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB), sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memupuk budaya berinfaq dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan sebanyak 50 sen daripada setiap pendaftaran wasiat yang dilakukan melalui platform MAAB. Sebagai anak syarikat ANGKASA dan satu-satunya syarikat amanah milik koperasi di Malaysia, MAAB terus mencatat pencapaian bermakna dengan memperkenalkan perkhidmatan pendaftaran wasiat dan hibah secara digital – satu inovasi yang bukan sahaja memudahkan urusan pewarisan harta, malah memperkukuh daya saing ekonomi umat Islam di negara ini.

Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MAAB 2025 yang berlangsung di Grand Pacific Ballroom, Ara Damansara, Subang. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada wakil daripada Yayasan Infaq ANGKASA.

YIA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan ini yang akan dimanfaatkan menerusi pelbagai inisiatif kebajikan, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan. Sumbangan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak agensi dan syarikat korporat untuk bersama-sama menyokong agenda infaq demi kesejahteraan ummah.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua