yayasan infaq angkasa terima sumbangan infaq korporat rm66,089 daripada MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB)
Jumaat, 24 Januari 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) menerima sumbangan infaq korporat berjumlah RM66,089 daripada MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) sebagai sebahagian daripada usaha memupuk budaya infaq di Malaysia. Sumbangan tersebut merupakan hasil 50 sen daripada setiap pendaftaran wasiat yang dilakukan oleh MAAB.
MAAB, anak syarikat ANGKASA dan satu-satunya syarikat amanah milik koperasi di Malaysia, telah mencipta sejarah baharu dengan memperkenalkan perkhidmatan pendaftaran wasiat dan hibah secara digital. Langkah inovatif ini sejajar dengan usaha syarikat untuk memudahkan proses pewarisan harta dan memperkasakan ekonomi umat Islam.
Majlis penyerahan sumbangan berlangsung dalam Majlis Makan Malam Apresiasi Rakan Niaga Korporat 2024 yang diadakan di Wyndam Grand Bangsar, Kuala Lumpur. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, kepada Pengurus Besar Yayasan Infaq ANGKASA, YBrs. En. Mohd Safian bin Abdul Rahman.
Kami di YIA amat menghargai sumbangan ini dan akan dimanfaatkan dengan pelbagai inisiatif dalam membantu golongan memerlukan. Diharapkan sumbangan ini menjadi inspirasi kepada agensi dan syarikat korporat lain untuk turut sama berinfaq demi kebaikan ummah,” katanya.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua