TENTANG KAMI
Jadilah sebahagian daripada perubahan yang anda mahu lihat di dunia.
VISI, MISI DAN OBJEKTIF
“Ni’mat berkat, rezeki berganda” membawa maksud bahawa setiap nikmat yang disyukuri dan digunakan dengan sebaiknya akan membawa keberkatan dalam hidup. Keberkatan itu pula menjadi asas kepada limpahan rezeki yang melimpah ruah, bukan sekadar dalam bentuk harta, tetapi juga ketenangan, kebahagiaan, dan kejayaan yang berterusan. Ia mengingatkan kita bahawa apabila kita menghargai dan berkongsi nikmat dengan penuh ikhlas, ganjarannya akan datang berlipat kali ganda.
VISI
Menjadi sebuah Institusi Pengurusan Infaq untuk memperkukuhkan kebajikan dan sosio ekonomi Masyarakat Umum.
MISI
- Untuk Mengumpul dana daripada pelbagai pihak dan inisiatif bagi menjadi sebuah yayasan yang lengkap dan bersepadu untuk menerajui program pembangunan ummah yang menyeluruh di Malaysia.
- Mengagihkan dana untuk tujuan kebajikan dan pembangunan sosio ekonomi dan mengadakan program-program berlandaskan Maqasid Syariah
OBJEKTIF
Objektif penubuhan Pemerbadanan Pemegang Amanah adalah seperti berikut:
• Membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kesihatan masyarakat di Malaysia melalui pengagihan sumbangan secara teratur dan sistematik.
• Meningkatkan taraf pendidikan akademik pelajar-pelajar di semua peringkat pendidikan di dalam mahupun luar negara melalui bantuan pendidikan bagi meringankan beban dari segi kewangan, peralatan dan kemudahan pembelajaran.
Sumbangan yang kecil membawa perubahan ke arah kebaikan.
Setiap sumbangan anda mampu memberi sinar baru.