MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN INFAQ ANGKASA
Selasa, 15 Julai 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) hari ini mencatatkan satu detik bersejarah menerusi Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif kepada YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, yang telah dilantik secara rasmi untuk menerajui kepimpinan YIA.
Majlis ini turut disempurnakan dengan Lafaz Ikrar Tanggungjawab dan Amanah, sebagai simbol komitmen dan kesediaan YBrs Dr. Mohd Azlan dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Watikah pelantikan telah disempurnakan oleh YB SS Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, sebagai tanda keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan baharu dalam memperkukuh sistem pengurusan dana infaq.
Pelantikan ini diharapkan dapat menyuntik semangat baharu dalam memperkasa strategi pengurusan dan pengembangan dana infaq, sekali gus memperluas manfaat serta membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.
YIA optimis bahawa dengan pengalaman, kepimpinan dan wawasan yang dimiliki oleh YBrs Dr. Mohd Azlan, misi untuk meningkatkan keberkesanan inisiatif kebajikan dan ekonomi ummah akan dapat direalisasikan dengan lebih cemerlang.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua