MEMBUDAYAKAN AMALAN
INFAQ DI PROGRAM ‘TAMU SDG’ KARNIVAL KELESTARIAN KOMUNITI APPGM-SDG
Isnin, 1 Disember 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah diberi peluang untuk membuka reruai pameran sempena Karnival Kelestarian Komuniti APPGM-SDG yang berlangsung pada 1 dan 2 Disember 2025 di Parlimen Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia dengan kerjasama Koperasi Matlamat Pembangunan Lestari Berhad dan Persatuan Rakan Solusi Matlamat Pembangunan Lestari.
Sebagai institusi pengurusan dana infaq, YIA terus komited dalam menggalakkan budaya berinfaq dan berwakaf dalam kalangan masyarakat. YIA percaya bahawa amalan memberi, meskipun bermula dengan langkah kecil, mampu membawa impak besar kepada ummah.
YIA merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja dan Ahli Parlimen yang telah berinfaq dan berwakaf sepanjang karnival berlangsung. Semoga amalan kebaikan ini terus berkembang dan menjadi budaya yang mengakar dalam kehidupan seharian.
💳 Salurkan infaq anda melalui:
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
📌 No. Akaun: 1101 8775 38
✨ “Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨
📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!
Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA