YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) SALUR DANA INFAQ RM63,000 KEPADA KOPERASI KARIAH MASJID TENGKU MAHKOTA ABDULLAH ROMPIN BERHAD

Khamis, 13 November 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menyalurkan sumbangan dana infaq berjumlah RM63,000.00 kepada Koperasi Kariah Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin Berhad bagi menjayakan projek kontena di bawah Program Pemerkasaan Koperasi Kariah Masjid di seluruh Malaysia.

Sumbangan ini diserahkan sempena Majlis Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2025 yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, bertempat di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA merangkap Pengasas YIA, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA, YBhg. Dato’ Haji Che Mohd Shukree, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA serta YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif YIA.

Konvensyen yang bertemakan “Koperasi Memperkasa Ekonomi Ummah, Membina Ekonomi MADANI” ini menghimpunkan lebih daripada 200 koperasi kariah masjid dari seluruh negara. Ia dianjurkan oleh KUSKOP dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA, sebagai platform untuk memperkukuh peranan koperasi kariah masjid dalam pembangunan ekonomi setempat berasaskan prinsip syariah.

Sebagai institusi yang memegang amanah pengurusan dana infaq, YIA komited memastikan setiap sumbangan yang diterima dapat memberi impak sebenar kepada masyarakat, khususnya dalam pembangunan ekonomi, keusahawanan dan kesejahteraan ummah.

YIA mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus berinfaq dan menyokong usaha ini. Setiap sumbangan anda membuka lebih banyak peluang kebaikan.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

💳 Salurkan infaq anda melalui:       
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA           
📌 No. Akaun: 1101 8775 38

“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”

📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!

Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA