yayasan infaq angkasa (YIA) terima kunjungan hormat akademi tamadun islam UTM

Isnin, 16 Disember 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menerima kunjungan rasmi dan lawatan kerja daripada Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universti Teknologi Malaysia (UTM).

Kunjungan ini disambut mesra oleh YBrs. En. Mohd Safian Abdul Rahman, Pengurus Besar YIA, bersama wakil pegawai YIA. Lawatan tersebut bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuhkan amalan infaq dan wakaf, serta merangka pelan tindakan yang menyeluruh bagi tahun 2025. Perbincangan yang diadakan telah membuahkan pelbagai cadangan inisiatif strategik yang dijangka memberi impak positif dan manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

YIA amat berbesar hati atas kehadiran delegasi UTM yang diketuai oleh Dr. Mohd Khairy bin Kamarudin bersama-sama Dr. Nasiibah binti Ramli dan Dr. Muhammad Sobri bin Faisal. Hubungan erat yang terjalin diharap mampu mencipta kejayaan bersama dalam memperluas manfaat infaq kepada masyarakat.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua

Bantu kongsikan..