YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) TERIMA LAWATAN KERJA DARIPADA
BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Jumaat, 10 Oktober 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN) di Ibu Pejabat YIA.
Lawatan ini bertujuan membincangkan potensi pelan pelaburan jangka panjang yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuh pengurusan serta pertumbuhan dana infaq dan wakaf. Usaha ini secara tidak langsung diharap dapat memperluas manfaat agihan dana kepada golongan yang memerlukan.
Ketibaan delegasi BSN telah disambut oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA. Turut hadir ialah YBrs. Encik Khairul Nizam Bin Ismail, Ketua Pengurusan Deposit Negeri, serta YBrs. Encik Yusuf Qardhawy Bin Abd Hamid, Ketua Pengurusan Jualan negeri, bersama pegawai BSN & YIA.
Yayasan Infaq ANGKASA menyambut baik kunjungan ini dan berharap agar jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dapat diteruskan serta diperkukuh bagi manfaat bersama pada masa hadapan.
💳 Salurkan infaq anda melalui:
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
📌 No. Akaun: 1101 8775 38
✨ “Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨
📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!
Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA