yayasan infaq angkasa perkukuh kerjasama pengurusan infaq dan wakaf bersama perguruan diniyyah puteri padang panjang
Sabtu, 26 April 2025 – Sebagai langkah memperkukuhkan kerjasama strategik dalam pengurusan dana kebajikan, Yayasan Infaq Angkasa (YIA) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang. Lawatan bersejarah ini menandakan komitmen bersama dalam memajukan pengurusan infaq dan wakaf serta mengukuhkan hubungan serumpun antara Malaysia dan Indonesia.
Delegasi YIA yang hadir diketuai oleh Yang Berhormat (YB) SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YIA. Turut mengiringi beliau ialah ahli lembaga YIA termasuk Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar Hj. Opir, YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Tajudin Hj. Abdul Rahman, YBhg. Dr. Mohd Azlan Yahya, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, dan YBhg. Dato’ Hj. Che Mohd Shukree Che Isa bersama wakil sekretariat YIA.
Delegasi YIA telah disambut mesra oleh wakil Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang yang diketuai oleh Fauzi Fauzan El Muhammady selaku Wakil Ketua Yayasan Rahmah El Yunusiyyah dan DR. Syarifatul Hayati sebagai Ketua Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah Rahmah El Yunusiyyah. Kehadiran delegasi Badan Wakaf Indonesia (BWI) Sumatera Barat turut melengkapkan majlis pertemuan ini.
Sebagai negara serumpun, Malaysia dan Indonesia bertekad untuk memperkukuhkan sinergi dalam bidang wakaf dan infaq. Inisiatif strategik ini bukan sahaja berperanan mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua negara, malah membuka ruang kolaborasi yang lebih luas untuk manfaat jangka panjang bersama.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua