MEMBUDAYAKAN AMALAN INFAQ DI KARNIVAL HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL (HPPK) 2025

Ahad, 2 November 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah berpeluang membuka reruai pameran sempena Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2025 yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November 2025 di Temerloh, Pahang. Karnival ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Bertemakan “Memacu Ekonomi MADANI: Memperkasa Usahawan Mikro”, penganjuran HPPK 2025 merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan komuniti penjaja serta peniaga kecil dalam memperkukuh ekonomi negara.

Sebagai sebuah institusi pengurusan dana infaq, YIA komited untuk terus menerapkan budaya berinfaq dan berwakaf dalam kalangan masyarakat. Kami percaya bahawa amalan memberi ini bermula dengan langkah kecil namun impaknya besar buat ummah.

Terima kasih kepada seluruh warga Temerloh yang telah berinfaq dan berwakaf bersama kami sepanjang karnival berlangsung. Semoga amalan kebaikan ini terus subur dan menjadi budaya dalam kehidupan seharian.

💳Salurkan infaq anda melalui:

🏦Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA

📌No. Akaun: 1101 8775 38

✨“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨

📞Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270

🌐www.yayasaninfaqangkasa.com

🤲Jom berinfaq serendah RM1!

Ikuti kami:

📌Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA

 

📌YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA