YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA) SALUR RM78,400.00 DANA INFAQ UNTUK PROJEK MESIN KUNCI BERSAMA 8 KOPERASI TERPILIH SEBAGAI PROJEK RINTIS

Sabtu, 22 November 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menyalurkan dana infaq berjumlah RM78,400.00 kepada 8 Koperasi terpilih bagi melaksanakan Projek Mesin Kunci melalui kerjasama Seksyen Pengurusan Hartanah, ANGKASA.

Majlis Peluncuran Penyerahan Projek Mesin Kunci telah berlangsung di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, dan dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Kamaruddin Ismail, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi. Pada majlis tersebut, 4 daripada 8 koperasi yang hadir telah menerima replika kunci sebagai simbolik penyerahan projek.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ybhg. Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Selangor, YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA, YBrs. Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman, Nazir Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, YBrs. Kapten (B) Haji Kamarudin Idris, Pengerusi Koperasi Masjid Al-Hasanah Bangi Berhad, YBrs. Tn. Haji Mohammad Shukry Mat Arif, Pengerusi Koperasi Perniagaan Eriy Selangor Berhad merangkap Jururunding dan Tenaga Pengajar Projek Mesin Kunci, serta pengerusi-pengerusi koperasi yang terlibat bersama warga kerja YIA dan ANGKASA.

Projek Mesin Kunci ini merupakan inisiatif ekonomi yang ditaja sepenuhnya oleh YIA, hasil sumbangan berterusan daripada warga kerja BPA ANGKASA, kakitangan ANGKASA, kakitangan awam dan swasta, serta masyarakat umum.

Dana yang diuruskan YIA bukan sahaja diagihkan sebagai bantuan semata-mata, tetapi dikembangkan melalui aktiviti ekonomi bagi memastikan ladang infaq terus berbuah pahala, sekaligus memberikan pulangan manfaat kepada ummah dalam jangka masa panjang.

Sebagai institusi pemegang amanah pengurusan dana infaq, YIA komited untuk memastikan setiap sumbangan yang diterima memberi impak sebenar kepada pembangunan ekonomi, keusahawanan dan kesejahteraan masyarakat.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

💳 Salurkan infaq anda melalui:       
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA           
📌 No. Akaun: 1101 8775 38

“Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda”

📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!

 

Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA