presiden angkasa selaku pengasas yayasan infaq angkasa bersama-sama memeriahkan majlis korban sempena program qurban qaseh.
Sabtu , 7 Jun 2025 – Presiden ANGKASA Selaku Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah hadir bersama-sama memeriahkan majlis ibadah korban dan agihan daging bertempat di Surau An Nur, PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur hari ini
Sebanyak empat ekor lembu dan dua ekor kambing telah dikorbankan hasil sumbangan Infaq Qurban Qaseh 2025 anjuran Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dengan kerjasama Persatuan Komuniti Penduduk Islam PPR Kampung Muhibbah.
Aktiviti sembelihan dan agihan daging korban tersebut dijalankan sejurus selesai solat sunat Aidildha dan mula diagihkan kepada asnaf yang terlibat di perkarangan surau An Nur. Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Shapie Idris.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua