yayasan infaq angkasa (YIA) sumbang bakul makanan kepada pertubuhan kanak-kanak insan istimewa cemerlang.
Selasa, 17 Jun 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) meneruskan komitmen terhadap usaha kebajikan dengan menyampaikan sumbangan bakul makanan pertubuhan kanak-kanak insan istimewa cemerlang. Dalam majlis tersebut, setiap kanak-kanak insan istimewa menerima sumbangan berupa bakul makanan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM5,000.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Che Mohd Shukree Che Isa ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA. Bantuan ini memberi manfaat kepada lebih 71 kanak-kanak istimewa dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan Asas Yayasan Infaq Angkasa (YIA).
Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YBrs. En. Abdul Halim Azis, Pengerusi Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang; YBrs. En. Mohd Fauzul Aidil Bin Mohd Roseli, Ketua Kampung Sungai Buaya; serta YBrs. Tuan Haji Mahmod Hj. Mat Ali, wakil Persatuan Penduduk Kampung Sungai Buaya.
Bersempena dengan usaha ini, YIA ingin mengajak seluruh warga masyarakat untuk turut serta dalam amalan berinfaq, yang kini lebih mudah dilaksanakan dengan hanya di hujung jari. Dengan sumbangan serendah RM1, setiap individu berpeluang menyumbang kepada pelbagai program kebajikan yang mampu memberi impak besar kepada masyarakat.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua